10 PERANAN IBU BAPA MEMBUAT PERSEDIAN UNTUK ANAK MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
.
.
….baca sampai habis yee kak..
.
Berikutan musim peperiksaan yang makin menghampiri, artikel
kali ini yang dirujuk daripada buku teknik memotivasikan anak – Dr. Tengku
Asmadi, saya ingin berkongsi dengan ibu
bapa semua mengenai peranan yang wajib dibuat oleh semua ibu bapa untuk
membantu anak menjelang peperiksaan.
1. FAHAMI TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH ANAK
Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga
sebenarnya bimbang. Mungkin ada di antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan
tetapi ia dapat dilihat daripada segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.
peperiksaan
Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan
tetapi ada juga yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur
tetapi ada pula yang semakin banyak tidurnya.
Ada yang murung, marah-marah, sensitive dan sebagainya.
Sememangnya perasaan bimbang menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah
laku ini.
Sebagai ibu bapa , kita mesti peka terhadap perubahan ini
dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan itu dengan lebih memahami mereka.
Nyatakan kepada mereka dengan jelas, apa yang kita harapkan
daripada mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka.
Nyatakan juga kepada mereka bahawa kecemerlangan akademik
bukan hanya satu-satunya syarat bagi
mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.
Ramai mereka yang gagal dalam pelajaran tetapi dapat hidup
senang dan berjaya dalam bidang sukan, nyanyian, muzik, seni, lakonan,
perniagaan dan lain-lain.
Apabila tinggal beberapa hari lagi menjelang peperiksaan,
elakkan daripada menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang
tidak diketahui penyelesaiannya kerana ini dapat membuatkan mereka rasa tidak
bersedia.
Keyakinan diri tergugat dan ini menjejaskan prestasi ketika
menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.
Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberi sebarang komen
apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan sehingga ada ketikanya dia
memberontak lalu meluahkan perasaannya dengan mengatakan dia pasti gagal.
Perhatikan sahaja gelagat anak kerana biasanya luahan
perasaan itu bukanlah perasaan yang sebenar. Dia tidak bermaksudkan apa-apa
dengan kata-katanya. Ia sekadar melepaskan perasaan. Itu sahaja. Oleh itu
biarkan anak itu seketika.
Selepas itu ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan
tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya adakan masa menonton cerita jenaka
seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga.
Ini dapat mengendurkan perasaan tegang dalam diri anak dan
dia kini bersedia belajar semula.
Waktu ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula.
Rancang bersama jadual ulang kaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah
yang mahu diambil.
.
2. TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK
peperiksaanKeyakinan diri yang tidak mantap sering
menghantui jiwa anak-anak.
Ada diantara mereka memang sudah membuat ulang kaji sejak
awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri.
Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu keyakinan itu datangnya
daripada persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah dia.
Persediaan ini pula bukanlah sekadar membaca, menghafal dan
menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima
(input) dan mengeluarkan (output) maklumat.
Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota
ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.
Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab
soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan
menggunakan segala pengetahuan yang
diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi.
Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat
mengalaman. Lebihkan latih tubi bagi mana-mana topik yang agak lemah ataupun
bentuk soalan yang kurang dikuasai.
Seterusnya perhebatkan simulasi dengan menjawab
soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut mengikut masa
yang ditetapkan.
Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar
berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.
3. DORONG ANAK SECARA POSITIF
Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan
melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif?
Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan
menghasilkan gambaran minda yang juga positif.
Contohnya:
Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa”
Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah
dengan lebih gigih lagi” ataupun “Mak percaya adik pasti BOLEH!”
Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”
Malah banyak lagi contoh-contoh yang dapat diberikan.
4. KERJASAMA SEPENUHNYA
Apabila anak akan menduduki
peperiksaan penting, maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah perlu
memberikan kerjasama sepenuhnya.
Antaranya menghormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap
ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar.
Misalnya ibu bapa dapat memanfaatkan waktu itu bagi membaca
bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Adik kecil pula diberi kertas dan pensel
untuk bagi menconteng. Begitulah juga dengan ahli keluarga yang lain-lain.
Pastikan tiada seorang pun ahli keluarga yang menonton TV,
mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya,
sedangkan ada anak yang sedang
bertungkus lumus menghadapi pelajarannya.
Dengan cara ini anak akan dapat merasakan perjuangannya
dihargai.
5. KURANGKAN AKTIVITI LUAR
Oleh itu pastikan setiap aktiviti yang dirancang menyumbang
kepada persediaannya menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi,
fizikal ataupun rohani anak-anak.
Tambahan pula, kekerapan berada diluar rumah hanya hanya
mendedahkan mereka pada perkara yang tidak diingini sama ada daripada segi
kesihatan ataupun keselamatan.
6. ELAKKAN ANAK DARIPADA TIDUR LEWAT
Ada anak yang suka belajar sehingga lewat malam bagi
menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan biarkan keadaan seperti ini berlarutan.
Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan
mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20
ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu
dan suasana pula nyaman.
Banyak maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi
tempoh masa yang lebih lama.
7. BERIKAN ANAK PELEPASAN TUGAS HARIAN.
Berikan anak layanan istimewa setiap kali menjelangnya
peperiksaan.
Bebaskan dia daripada melakukan tugas harian yang
sememangnya menjadi rutin seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur,
membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.
Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti
kakak, abang, adik ataupun ibu bapa sendiri.
Dengan cara ini, anak yang
akan menduduki peperiksaan dapat merasakan seluruh ahli keluarga benar-benar
mahu melihat dia cemerlang.
Dia akan timbul rasa bersalah sekiranya waktu yang
diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, sedangkan semua
orang memberikan kerjasama.
Dia juga akan mengharapkan suasana peperiksaan seperti ini
akan datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas.
Anak-anak yang lain pula tidak ada sebab untuk cemburu
kerana apabila tiba masa mereka, mereka juga akan dilayan dengan cara yang
serupa.
8. NYATAKAN GANJARAN DENGAN JELAS
Jangan biarkan anak kita berteka teki mengenai ganjaran yang
bakal dia terima sekiranya dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan
kepadanya.
Jika ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas
apakah bendanya itu. Tunjukkan gambar mengenai apa yang mahu diberikan
kepadanya.
Jika ia berbentuk suatu percutian, beritahu destinasi yang
ingin dilawati nanti. Dapatkan risalah, cerita, serta gambar-gambar mengenai
destinasi itu dan tunjukkan padanya. Jika ia dalam bentuk duit, nyatakan dengan
jelas mengenai jumlahnya.
Namun dalam soal bab duit ini ibu bapa perlu bertindak
bijak. Sebabnya, jika kita beritahu kepada anak, “Kakak, setiap A yang kakak
dapat dalam PMR, nanti ayah akan berikan RM50”, maka ia mungkin memerangkap
kita kembali.
Apabila anak tahu dia lemah dalam subjek bahasa Inggeris
maka dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mendapat A kerana dia berfikir, jika
dia mendapat 7A pun jumlahnya adalah RM350. Masih banyak lagi.
Oleh itu kita perlu meletakkan syarat dengan jelas dengan
berkata, “Kakak, jika kakak mendapat 8A dalam PMR maka setiap A itu nilainya
ayah berikan RM50. Tetapi jika bukan 8A maka setiap A nilai itu ayah berikan
RM30 sahaja.”
Dengan cara ini, anak-anak dapat menghitung sendiri, jika
dapat 7A nilainya hanya RM210 sahaja berbanding RM400 bagi 8A. Perbezaan yang
ketara ini secara tidak langsung mendorong anak berusaha mendapat 8A.
Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak dapat merangsang
jiwa.
Misalnya elakkan daripada berkata, “Jika abang cemerlang
dalam SPM, maka emak bawa abang melancong”. Sebaliknya kita perlu berkata,
“Jika abang cemerlang dalam SPM, emak pasti bawa abang ke Beijing.”
Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan mampu kita
tunaikan. Jika tidak, anak mungkin hilang kepercayaan kepada kita sebagai ibu
bapa dan selepas itu, janji kita tidak anak dipercayai lagi.
Berikan juga ganjaran kepada usahanya, bukan sekadar hasil ataupun
pencapaiannya sahaja.
Jika kita tahu anak sudah berusaha bersungguh-sungguh
bagi mencapai kejayaan namun keputusan
peperiksaan tidak seperti yang dijangkakan, maka berikanlah dia sesuatu bagi
menghargai penat lelahnya itu.
Ini menunjukkan yang kita memang mengambil berat dan
prihatin kepadanya.
Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih bersemangat untuk
berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
9. AMBIL CUTI
Inilah masanya bagi ibu bapa memberikan dorongan yang tidak
berbelah bahagi kepada anak yang akan menduduki peperiksaan.
Ambil cuti beberapa hari dan usahakan menghantar sendiri
anak ke sekolah pada hari peperiksaan itu. Sepanjang perjalanan, terus berikan
kata perangsang dan nasihat kepadanya.
Ingatkan anak sekali lagi, kita tidak pentingkan apa
sekalipun hasil yang dia peroleh, yang penting dia memberikan usaha yang
terbaik.
Apa sahaja keputusannya, kita terima dan bersyukur.
10. BANYAKKAN BERDOA DAN SOLAT HAJAT.
Tidak ada suatu yang lebih bermakna bagi seseorang anak
ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu daripada ibu
bapanya.
Inilah masanya kita meluangkan lebih banyak masa berdoa
baginya supaya dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan
ketenangan dan diterangkan hati.
Berdoalah dengan suara yang jelas supaya didengar oleh anak
dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering
membuat solat hajat dan berdoa baginya. Dengan cara ini, mereka lebih
menghargainya.
Biasanya apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur
lewat daripada biasa kerana mengulangkaji pelajaran. Jika ibu bapa menjenguk
bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang,
perasaannya anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk
berjaya.
Yakinlah Tuhan akan memdengar doa ibu bapa yang ikhlas.
Berdoalah walaupuan pencapaian anak kita pada ketika itu masih kurang
memberangsangkan.
Sesuatu yang dirasakan mustahil bagi kita sebenarnya tidak
mustahil bagi Tuhan. InsyaaAllah, bila
kita letakkan kepercayaan kepada Allah, Allah akan memudahkan segala usaha
kita.
PENUTUP: DORONG MEREKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG
Ibu bapa perlu mendorong dan memotivasikan anak untuk
belajar tetapi bukan memaksa anak untuk berjaya.
Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk WAJIB mendapat hasil
yang cemerlang, maka si anak berasa dibebani. Anak belajar bukan kerana
kewajipan tetapi kerana ketakutan.
Oleh itu berikanlah anak keyakinan. Berikan nasihat dengan
penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen
untuk membantunya. Yang paling penting, jangan lupa memohon kepada Allah agar
anak dikurniakan kecemerlangan dan terang hati.
Semoga bermanfaat kepada ibu bapa semua =)
.
[INFO PENTING]--- SILA BACA >>> JANGAN ABAIKAN POST INI JIKA INGINKAN ANAK BIJAK DALAM MASA YANG SINGKAT...
.
SILA KLIK DI SINI >>>
http://idamanhakiki.blogspot.my/2016/03/raudhah-iq-rahsia-anak-bijak.html
.
.
.atau baca je yang ini.. sememangnya membantu..
.
"JANGAN ABAIKAN POST INI KALAU AKAK NAK ANAK MEMBESAR DENGAN BIJAK"
.
Kami tau akak sayang sangat pada anak kan? Kami pun sayang sangat pada anak-anak. Tapi, apa cara akak tangani anak yang BERMASALAHH dalam PELAJARAN..
.
>>> EXAM UPSR - PT3 – SPM anak dah dekat ni..Apa Tindakan Akak <<<
.
ANAK AKAK ADA MASALAH MACAM NI KAN..?
.
Antara simptom-simptom kemorosotan IQ
✘Kurang keyakinan diri
✘Mudah lupa & rasa jemu
✘Lemah daya ingatan dan malas
✘Kurang daya tumpuan
✘Selalu letih & tidak bertena.ga
✘Perasaan gementar, cemas & bimbang
✘Tak dengar kata
.
Anak akak ada simptom macam tu kan? Jangan risau kak, kami ada penyelesaiannya.
In Sya Allah masalah di atas dapat diatasi dan akan menjadikan anak yang SIHAT dan CERGAS serta soleh dan solehah.
.
MEMPERKENALKAN RAUDHAH IQ ini adalah;-
✔Menyuburkan sel-sel otak
✔Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
✔Melembutkan hati yang degil
✔Mudah faham, cepat ingat & ligat berfikir
✔Meningkatkan semangat belajar
✔Memudahkan hafalan
.
Korbankan sedikit simpanan untuk melihat Masa Depan anak yang cerah. Kalau bukan akak siapa lagi kan..?
.
BERITA BAIK !!! HARGA ISTIMEWA JIKA AKAK TERUS WHATSAPP KAMI
.
>>> PROMOSI Istimewa Musim Exam + PERCUMA Produk Faber Castell
.
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
..
NAK ANAK AKAK JADI MACAM NI..???
.
SILA KLIK DI SINI >>>
http://idamanhakiki.blogspot.my/2016/03/raudhah-iq-rahsia-anak-bijak.html
.
.
.atau baca je yang ini.. sememangnya membantu..
.
"JANGAN ABAIKAN POST INI KALAU AKAK NAK ANAK MEMBESAR DENGAN BIJAK"
.
Kami tau akak sayang sangat pada anak kan? Kami pun sayang sangat pada anak-anak. Tapi, apa cara akak tangani anak yang BERMASALAHH dalam PELAJARAN..
.
>>> EXAM UPSR - PT3 – SPM anak dah dekat ni..Apa Tindakan Akak <<<
.
ANAK AKAK ADA MASALAH MACAM NI KAN..?
.
Antara simptom-simptom kemorosotan IQ
✘Kurang keyakinan diri
✘Mudah lupa & rasa jemu
✘Lemah daya ingatan dan malas
✘Kurang daya tumpuan
✘Selalu letih & tidak bertena.ga
✘Perasaan gementar, cemas & bimbang
✘Tak dengar kata
.
Anak akak ada simptom macam tu kan? Jangan risau kak, kami ada penyelesaiannya.
In Sya Allah masalah di atas dapat diatasi dan akan menjadikan anak yang SIHAT dan CERGAS serta soleh dan solehah.
.
MEMPERKENALKAN RAUDHAH IQ ini adalah;-
✔Menyuburkan sel-sel otak
✔Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
✔Melembutkan hati yang degil
✔Mudah faham, cepat ingat & ligat berfikir
✔Meningkatkan semangat belajar
✔Memudahkan hafalan
.
.
Raudhah IQ : Diformulasikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza, Pakar Motivasi & Panel Tanyalah Ustazah TV9 . Sesuai untuk semua peringkat umur
.Korbankan sedikit simpanan untuk melihat Masa Depan anak yang cerah. Kalau bukan akak siapa lagi kan..?
.
BERITA BAIK !!! HARGA ISTIMEWA JIKA AKAK TERUS WHATSAPP KAMI
.
>>> PROMOSI Istimewa Musim Exam + PERCUMA Produk Faber Castell
.
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
..
NAK ANAK AKAK JADI MACAM NI..???
...
PEMBENTUKAN ROHANI TU PENTING..!!!
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan