Ahad, 12 April 2015

PRODUK SYIMA BEAUTY SKINCARE

Semakin hari semakin berkembang Syima Beauty tau..

*** perhatikan yang saya paparkan
*** dan tolong saya kira ye berapa produk yang dah berjaya Syima Beauty keluarkan
***semakin banyak produk dikeluarkan bermakna semakin ramai yang mempercayai akan kualitinya.
*** antara produk Syima Beauty ialah : -

Syima Beauty Skincare (SBS) RM 66 sahaja
* Lost Item
Cleanser, nights & day cream semuanya RM23
 

Syadvance RM85 sahaja


Toner RM25


Losyen RM28


Serum RM35 sahaja
Nights Cream 10g RM44 sahaja


Collasy Crystal White RM49 sahaja


Hati-hati dengan produk PALSU

Pelanggan kami yang dihargai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan produk palsu.. sama seperti dengan skincare yang lain, produk Syima Beauty turut menjadi mangsa bahan ciplak.
Pelanggan dinasihatkan :
* membeli dengan agen sah kami
* tidak membeli produk syima dengan harga yg terlalu murah kerana dikhuatiri palsu.
* produk palsu - kerana nak jimat duit wajah anda akan jadi mangsa
* kami hanya bagi nasihat sahaja - tepuk dada tanya sayang duit atau wajah menjadi rosak kerana produk tiruan/palsu

# contoh produk tiruan

Sabtu, 11 April 2015

INFO SYIMA BEAUTY SKINCARE

Syima Beauty Skincare (SBS) (RM66 sahaja)



Syma beauty skincare telah diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi untuk penjagaan kulit yang efektif dan selamat. Set Syma beauty skincare terdiri daripada SYMA DAY CREAM, SYMA NIGHT CREAM dan SYMA BEAUTY CLEANSER.

-SYMA DAY CREAM-
Mengandungi ramuan-ramuan kecantikan natural seperti Argan Oil, Serbuk Mutiara dan dll yang mampu menghilangkan kekusaman muka, mencerah dengan sekata, melicinkan permukaan kulit, bertindak sebagai sunblock yang menghindarkan dari sinar UV. Ia diperkaya dengan SPF-35 yang akan menepis sinaran matahari berlebihan. Ia juga bertindak sebagai foundation kepada muka yang akan melitupi permukaan muka yang tidak sekata.

-SYMA NIGHT CREAM-
juga terdapat dalam bekas yang lebih besar - 10g

Matlamat kami adalah untuk membantu anda mendapatkan kulit yang cantik tanpa membahayakan dan mendedahkan anda kepada kesan-kesan bahan kimia merbahaya dalam kosmetik. Krim Malam ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia aktif berbahaya seperti merkuri yang akan menyebabkan radang kulit, penggelupasan serius dan seterusnya boleh menyebabkan kanser kulit. Ia dirumus dari bahan-bahan natural seperti pati Aloe Vera, pati Mulberry, bahan-bahan mineral dll yang akan membantu mencerahkn kulit secara total dan beransur-ansur. Ia bertindak sebagai anti-ageing untuk membantutkan penuaan sel-sel kulit muka, menghilangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan jerawat. Kulit akan kelihatan berseri, anjal, sihat dan putih tanpa menyebabkan kulit kemerah-merahan di bawah cuaca panas. Kulit anda akan tampil lebih cantik walaupun tanpa solekan.

-SYMA BEAUTY SOAP-

Sabun Syma Beauty dirumus khas dengan pati buah-buahan dan perfum untuk kesegaran dan penjagaan kulit muka secara semulajadi. Ia bertindak dengan meneutralkan ph kulit anda, mengatasi masalah kulit berminyak, memberi anda kesegaran kulit wajah serta menghilangkan jerawat, jeragat, kekusaman kulit, parut dll.
Sabun kecantikan ini akan sentiasa melembapkan kulit dan tidak akan menghakis permukaan kulit anda. Kulit juga akan kekal berseri tanpa mudah kelihatan sunburnt di bawah sinaran matahari terik

INFO SYADVANCE dari Syima Beauty Skincare

SYADVANCE (RM85 sahaja)

BB Cream

Beauty Cream


Cleansing Gel

Miracle Toner






Selasa, 7 April 2015

Pelancaran Logo Kami

Logo Kami 

* Direalisasikan oleh pengasas IdamanHakiki.com
* Mempunyai 4 warna Utama iaitu Kuning, Hijau, Biru dan Merah
*Setiap warna mempunyai maksudnya : 

KUNING - Sentiasa bersedia dalam apa jua cabaran
HIJAU - Sentiasa tenang menghadapi cabaran
BIRU - Sentiasa bersatu padu dalam menempuh cabaran
MERAH - Sentiasa berani menangani cabaran mendatang

*Logo berada di dalam kotak putih melambangkan kami memerlukan organisasi yang mantap untuk menjalankan sebarang urusan supaya berjalan lancar. Oleh itu, disiplin dan sikap amat ditagih.

* Amat mementingkan kepuasan pelanggan terhadap barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diperlukan.



*****TERIMA KASIH YAA ALLAH*****

KEJUJURAN AMAT UTAMA DALAM KEUTAMAAN

Hubungi Kami

Hubungi Kami 

1. Whatsapp : 013 300 7321 / 011-1669 7335

2. Wechat : idaman_hakiki

3. Facebook : Wan Eiyra 

               ***   https://www.facebook.com/wan.eiyra.shopp

                      Mazuan Ihs

               **https://www.facebook.com/wanmieyra

                   (Like page) IdamanHakiki.com

                          *** https://www.facebook.com/pages/Idaman-Hakiki-com

Tempahan Kad Kawin & Rekaan

Kini, kami membuka sebarang tempahan rekaan banting perkahwinan dan tempahan kad kawin
* terdapat banyak pilihan
* pelbagai saiz
* pelbagai bentuk
* terkini
* harga boleh dirunding
* hubungi kami sekarang
    013 300 7321

MAS 010
MAD 001


MOD 002


Kemeja Casual - Whatsapp 013 300 7321

 WEA oo1
Terdapat dalam pelbagai saiz  warna
 * S , M , L , XL


WEA oo2
Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak dan saiz
* S , M , L , XL

Isnin, 6 April 2015

AGEN SYIMA BEAUTY SKINCARE

*Inilah bos kami
*Adik-beradik pengasas
* Cantik juga kan? Mesti la cantik sebab pengguna Syima Beauty jugak kan.
*Kepada yang nak COD di kawasan Wakaf Baru, Pasir Pekan dan Kota Bharu boleh cari bos kita ni..
# 019 9278443


Ni salah sorang agen bos kita tu..
*seorang yang cukup hebat mengendalikan biss syima beauty
* kalau nak cod di kawasan Bachok boleh cari akak kita ni k.
* nombor dah ada tu..
* nanti wasap dia terus ye..


*Hebat cukup power akak ni
*Agen bos kita jugak k..
* Nak cod kawasan kok lanas keteteh cari akak ni k..
#019 9592569
Cari saya cod seluruh K.L
*dont play-play k. cakap je K.L tang mana. Boleh Cari Punya..
hehe.
*kita ada taiko K.L, setiap ceruk dia boleh cari..jangan kat lubang cacing la.. nanti sush nak cari..
*TAIKO k..
#013 3007321


Kak Dah
Agen Syima Beauty yang sah ok
*kepada yang berada di kuantan tu boleh cari akak ni k.
*seorang yang mantap dalam menguruskan Syima Beauty
*nanti whatsapp dia ye 
#013 333 0776

Kak Da
* yang ni sorang lagi ejen Syima Beauty..
* Cantik juga kan? mesti la sebab pengguna Syima Beauty jugak kan..
* Apa pun mesti cari akak ni da kawasan Ampang / Cheras dan sekitar ni.
* Whatsapp / Call 013 208 2758

Rabu, 19 November 2014

Syma Beauty Skincare

Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah temukan aku dengan seseorang. Pada mulanya aku hanya bermain-main dengan laman sosial (FB)tanpa tujuan dan yang melihat sesuatu yang mampu menarik minat aku sahaja. Tanpa dengan sengaja aku terpandang seorang yang agak cantik di halaman muka FB aku, lalu aku klik dan melihat profil dirinya. Ternyata kecantikkanya adalah berpunca dari sesuatu yang diiklankannya. Aku mula tertarik dan tanpa berlengah aku terus membuat salinan nombor telefon yang diberikan ke telefon aku. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dengan iklannya ialah produk yang dijualnya mungkin mampu menghilang masalah jerawat dan kesan jerawat yang ku alamai sehingga kini. Lantas aku bertanya tentang produk yang dijualnya, harganya tidaklah terlalu mahal dan mungkin mampu memberi kesan yang baik terhadap masalah kulit muka yang ku alami. Aku semamangnya berhajat untuk dapatkan produk itu,beliau ada membuat tawaran untuk pos produk tersebut tetapi aku tangguhkan dulu untuk dapatkan sendiri apabila balik ke kampung nanti. Setelah aku kembali ke kampung bersempena cuti depavali di samping perlu manghadiri majlis pertunangan adik. Aku sampai di kampung pada hari rabu dan malam itu juga aku pergi dapatkan produk tersebut di kota bharu seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan penjual produk ini memang cantik orangnya sesuai dengan bidang yang diceburinya. Aku panggil penjual produk ni Kak Nor. Di samping aku dapatkan produk ini aku bertanyakan tentang keberkesanan produk ini dan adakah sesuai digunakan oleh lelaki seperti aku. Setelah berborak agak panjang aku mula berminat untuk ambil tahu akan produk ini bukan setakat pengguna sahaja. Oleh disebabkan produk ini masih baru tetapi telah menampakkan potensi untuk terus berkembang dengan kualiti yang ada padanya aku terus bertanya tentang cara untuk menjadi seorang ejen. Kak Nor menceritakan sedikit sebanyak tentang syarat-syarat untuk menjadi seorang ejen. Di benak aku mula berputar memikirkan tentang strategi yang seterusnya. Dengan semangat yang berkobar pelbagai perancangan bermain di fikiran. Apabila aku sampai di rumah, tanpa menunggu esok hari aku terus menghantar pesanan (Whatsapp) kepada Kak Nor, menyatakan hasrat untuk menjadi seorang egen menjual produk ini. Aku fikir sesuatu yang elok, aku tidak perlu berlengah dan perlu bertindak dengan secepat mungkin. Pada keesokan harinya iaitu pada sebelah malam aku terus mendapatkan produk tersebut sebanyak 9 kotak lagi untuk memenuhi syarat menjadi egen atau pengedar iaitu stok permulaan sebanyak 10 kotak. Aku sengaja mengambil pakej kedua yang ditawarkan kerana ingin dapatkan harga yang lebih murah. Pakej pertama ialah sebanyak 5 kotak syarat untuk menjadi pengedar tetapi harganya sedikit mahal bermakna keuntungan kurang sedikit. Maka dengan ini aku dilantik sebagai pengedar produk SYIMA BEAUTY SKINCARE yang sah dibawah kendalian Kak Nor. Pada mulanya aku agak risau akan pasaran Syima Beauty ini, tetapi dengan keyakinan yang ada dan semangat berani mencuba serta dibantu oleh Kak Nor aku mampu memasarkan Syima Beauty satu demi persatu sehingga dalam masa sebulan aku berjaya menambah 3 kali stok baru dan semakin bertambah pada setiap kali sesi kemas kini stok. Alhamdillah dengan berkat usaha Syima Beauty semakin berkembang dan pendapatan semakin bertambah...

***JOM CANTIK MENAWAN Bersama SYMA BEAUTY SKINCARE ANDA MEMPUNYAI MASALAH : KINI ANDA TIDAK PERLU LAGI RISAU  Kulit muka berjerawat SYMA BEAUTY SKINCARE MAMPU MEMBANTU ANDA...!!!!  Kesan jerawat yg jelas > Harga mampu milik RM 66.00 sahaja  Penuh bintik-bintik hitam > Selamat dan tidak menggelupas  Terdapat manik-manik kecil di muka > Kelulusan dari KKM  Kulit muka yg kasar > Rumusan dari bahan semula jadi  Kulit kusam dan tidak berseri > Cepat Berkesan – hanya beberapa hari menunjukkan kesan baik  Liang pori tersumbat dan kasar > Kulit makin gebu / makin lawa / makin cantik berseri-seri  Kulit berminyak PRODUK YANG TERSANGAT MELETOP DI PASARAN  Kurang keyakinan diri disebabkan muka agak gelap TELAH RAMAI MENJADI CANTIK.. ANDA BILA LAGI..  Tona kulit tidak sekata PRODUK YANG HEBAT MENJADIKAN ANDA MAKIN CANTIK DAN HEBAT SILA HUBUNGI SAYA  013 3007321 JIKA : - ) Tak mahu mencuba tetapi ingin mengetahui tentang produk (WHATSAPP , TELEGRAM , SMS , TELEFON) yg HEBAT ini -) Ingin membuat tempahan DAN ingin cantik serta HEBAT -) Ingin melihat bukti keberkesanan SYMA BEAUTY SKINCARE EJEN AMAT DIPERLUKAN

Selasa, 10 November 2009

Kelkatu Malam (Malam Minggu Di Kuala Lumpur)

Pabila mentari melabuhkan tirai
Kelkatu keluar dari pusu-pusu batu
Kelkatu berterbangan bebas
Sayap kelkatu berderum bingit
Menyelak tabir kedamaian.

Kaki kelkatu berdesir
Pabila bergeser di jalanan
Cerobong kelkatu memekik terlolong
Cerobong memuntahkan lahar putih
Berkepul-kepul dijalanan.

Kelkatu betina bertenggek utuh
Rasa setia tetap kukuh
Rasa berani tetap ampuh
Walaupun diri telah jatuh
Di tangan kelkatu yang bodoh.

Di lorong-lorong malap suram
Kelkatu berpeleser bebas
Meneguk noda-noda fakir
Terhinjut-hinjut meluah rasa
Ditemani debu sampah kota.

Mata-mata yang memandang
Tidak langsung dihiraukan
Asalkan diri menemui kepuasan
Walau menongkah arus songsang
Hanya hedonisme menjadi congakan.

27 Februari 2009

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kan Kucari Teman

Kan kucari teman
Yang bisu
Tak pandai berbuah bicara
Tak boleh berceloteh durjana
Hanya melafaskan kata-kata ceria

Kan kucari teman
Yang pekak dan tuli
Tak dengar lagu-lagu fitnah
Cuping menadah titisan zikir
Hanya dengar sunyian syahdu
Redha akan sepi indah

Kan kucari teman
Yang kudung langkah
Tak menggapai makruf
Jejarinya tak menjalar liar
Menyentuh bahana-bahana laknat
Begitu kakukeras
Merasa kelazatan seketika
Terasa licin menadah azimat

Kan kucari teman
Yang tempang ketampanan tingkah
Tak berani menyusup-nyusup
di bawah lorong-lorong hitam
Mencari titik-titik kelam
Walau sesaat pandang
Hanya boleh melangkah
Menemui kerlipan jihad
Agar memancarkan sinar syahid

Akan kucari teman
Yang buta mata
Tak bisa celik
Matanya tak berkerdip
Tak berbunga kelopak
Memekarkan pandangan dayus
Hanya pandai meneka
Ayat-ayat maknawi
Mengenali erti-erti sebuah hakiki.


5 April 2009

Sabtu, 10 Oktober 2009

Penantian Menanti

Penantian suatu penyeksaan
Menanti bilakan pasti
Seolah mengapai pupukan pawana
Mimpi dalam mimpi mengusik kalbu
Sebak pedih mengalunkan keperitan
Madu berduri ditelami rintihan

Kesulitan santapan penantian
Kesabaran dicemburui takdir
Kerelaan dinodai nafsi-nafsi
Tak tega didalih
Ampuhnya nakhoda disunting parah
Kelunakan bahtera dipipis kejam
Kelukaan jiwa peneman segala
Hanya ada
Indah khabar dari rupa

Pastikah menanti sesuatu penantian
Mimpi impi terus dirindui
Detikan redha jadi penentu
Hajat terkubur tak terkabul
Umpama menghitung bayu berpupuk.

Hari demi hari ditatap
Titikan detik tak leka ditilik
Ini semua mampukah dimilik

Suka duka berpadu
Senyum ketawa buntu
Iman taqwa menjadi guru.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya. "Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'

Antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)