Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah temukan aku dengan seseorang. Pada mulanya aku hanya bermain-main dengan laman sosial (FB)tanpa tujuan dan yang melihat sesuatu yang mampu menarik minat aku sahaja. Tanpa dengan sengaja aku terpandang seorang yang agak cantik di halaman muka FB aku, lalu aku klik dan melihat profil dirinya. Ternyata kecantikkanya adalah berpunca dari sesuatu yang diiklankannya. Aku mula tertarik dan tanpa berlengah aku terus membuat salinan nombor telefon yang diberikan ke telefon aku. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dengan iklannya ialah produk yang dijualnya mungkin mampu menghilang masalah jerawat dan kesan jerawat yang ku alamai sehingga kini. Lantas aku bertanya tentang produk yang dijualnya, harganya tidaklah terlalu mahal dan mungkin mampu memberi kesan yang baik terhadap masalah kulit muka yang ku alami. Aku semamangnya berhajat untuk dapatkan produk itu,beliau ada membuat tawaran untuk pos produk tersebut tetapi aku tangguhkan dulu untuk dapatkan sendiri apabila balik ke kampung nanti.
Setelah aku kembali ke kampung bersempena cuti depavali di samping perlu manghadiri majlis pertunangan adik. Aku sampai di kampung pada hari rabu dan malam itu juga aku pergi dapatkan produk tersebut di kota bharu seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan penjual produk ini memang cantik orangnya sesuai dengan bidang yang diceburinya. Aku panggil penjual produk ni Kak Nor. Di samping aku dapatkan produk ini aku bertanyakan tentang keberkesanan produk ini dan adakah sesuai digunakan oleh lelaki seperti aku. Setelah berborak agak panjang aku mula berminat untuk ambil tahu akan produk ini bukan setakat pengguna sahaja. Oleh disebabkan produk ini masih baru tetapi telah menampakkan potensi untuk terus berkembang dengan kualiti yang ada padanya aku terus bertanya tentang cara untuk menjadi seorang ejen. Kak Nor menceritakan sedikit sebanyak tentang syarat-syarat untuk menjadi seorang ejen. Di benak aku mula berputar memikirkan tentang strategi yang seterusnya.
Dengan semangat yang berkobar pelbagai perancangan bermain di fikiran. Apabila aku sampai di rumah, tanpa menunggu esok hari aku terus menghantar pesanan (Whatsapp) kepada Kak Nor, menyatakan hasrat untuk menjadi seorang egen menjual produk ini. Aku fikir sesuatu yang elok, aku tidak perlu berlengah dan perlu bertindak dengan secepat mungkin. Pada keesokan harinya iaitu pada sebelah malam aku terus mendapatkan produk tersebut sebanyak 9 kotak lagi untuk memenuhi syarat menjadi egen atau pengedar iaitu stok permulaan sebanyak 10 kotak. Aku sengaja mengambil pakej kedua yang ditawarkan kerana ingin dapatkan harga yang lebih murah. Pakej pertama ialah sebanyak 5 kotak syarat untuk menjadi pengedar tetapi harganya sedikit mahal bermakna keuntungan kurang sedikit. Maka dengan ini aku dilantik sebagai pengedar produk SYIMA BEAUTY SKINCARE yang sah dibawah kendalian Kak Nor.
Pada mulanya aku agak risau akan pasaran Syima Beauty ini, tetapi dengan keyakinan yang ada dan semangat berani mencuba serta dibantu oleh Kak Nor aku mampu memasarkan Syima Beauty satu demi persatu sehingga dalam masa sebulan aku berjaya menambah 3 kali stok baru dan semakin bertambah pada setiap kali sesi kemas kini stok.
Alhamdillah dengan berkat usaha Syima Beauty semakin berkembang dan pendapatan semakin bertambah...
***JOM CANTIK MENAWAN
Bersama SYMA BEAUTY SKINCARE
ANDA MEMPUNYAI MASALAH : KINI ANDA TIDAK PERLU LAGI RISAU
Kulit muka berjerawat SYMA BEAUTY SKINCARE MAMPU MEMBANTU ANDA...!!!!
Kesan jerawat yg jelas > Harga mampu milik RM 66.00 sahaja
Penuh bintik-bintik hitam > Selamat dan tidak menggelupas
Terdapat manik-manik kecil di muka > Kelulusan dari KKM
Kulit muka yg kasar > Rumusan dari bahan semula jadi
Kulit kusam dan tidak berseri > Cepat Berkesan – hanya beberapa hari menunjukkan kesan baik
Liang pori tersumbat dan kasar > Kulit makin gebu / makin lawa / makin cantik berseri-seri
Kulit berminyak PRODUK YANG TERSANGAT MELETOP DI PASARAN
Kurang keyakinan diri disebabkan muka agak gelap TELAH RAMAI MENJADI CANTIK.. ANDA BILA LAGI..
Tona kulit tidak sekata PRODUK YANG HEBAT MENJADIKAN ANDA MAKIN CANTIK DAN HEBAT
SILA HUBUNGI SAYA 013 3007321
JIKA : - ) Tak mahu mencuba tetapi ingin mengetahui tentang produk (WHATSAPP , TELEGRAM , SMS , TELEFON)
yg HEBAT ini
-) Ingin membuat tempahan DAN ingin cantik serta HEBAT
-) Ingin melihat bukti keberkesanan SYMA BEAUTY SKINCARE EJEN AMAT DIPERLUKAN
Mengenai Produk
Rabu, 19 November 2014
Selasa, 10 November 2009
Kelkatu Malam (Malam Minggu Di Kuala Lumpur)
Pabila mentari melabuhkan tirai
Kelkatu keluar dari pusu-pusu batu
Kelkatu berterbangan bebas
Sayap kelkatu berderum bingit
Menyelak tabir kedamaian.
Kaki kelkatu berdesir
Pabila bergeser di jalanan
Cerobong kelkatu memekik terlolong
Cerobong memuntahkan lahar putih
Berkepul-kepul dijalanan.
Kelkatu betina bertenggek utuh
Rasa setia tetap kukuh
Rasa berani tetap ampuh
Walaupun diri telah jatuh
Di tangan kelkatu yang bodoh.
Di lorong-lorong malap suram
Kelkatu berpeleser bebas
Meneguk noda-noda fakir
Terhinjut-hinjut meluah rasa
Ditemani debu sampah kota.
Mata-mata yang memandang
Tidak langsung dihiraukan
Asalkan diri menemui kepuasan
Walau menongkah arus songsang
Hanya hedonisme menjadi congakan.
27 Februari 2009
Kelkatu keluar dari pusu-pusu batu
Kelkatu berterbangan bebas
Sayap kelkatu berderum bingit
Menyelak tabir kedamaian.
Kaki kelkatu berdesir
Pabila bergeser di jalanan
Cerobong kelkatu memekik terlolong
Cerobong memuntahkan lahar putih
Berkepul-kepul dijalanan.
Kelkatu betina bertenggek utuh
Rasa setia tetap kukuh
Rasa berani tetap ampuh
Walaupun diri telah jatuh
Di tangan kelkatu yang bodoh.
Di lorong-lorong malap suram
Kelkatu berpeleser bebas
Meneguk noda-noda fakir
Terhinjut-hinjut meluah rasa
Ditemani debu sampah kota.
Mata-mata yang memandang
Tidak langsung dihiraukan
Asalkan diri menemui kepuasan
Walau menongkah arus songsang
Hanya hedonisme menjadi congakan.
27 Februari 2009
Jumaat, 23 Oktober 2009
Kan Kucari Teman
Kan kucari teman
Yang bisu
Tak pandai berbuah bicara
Tak boleh berceloteh durjana
Hanya melafaskan kata-kata ceria
Kan kucari teman
Yang pekak dan tuli
Tak dengar lagu-lagu fitnah
Cuping menadah titisan zikir
Hanya dengar sunyian syahdu
Redha akan sepi indah
Kan kucari teman
Yang kudung langkah
Tak menggapai makruf
Jejarinya tak menjalar liar
Menyentuh bahana-bahana laknat
Begitu kakukeras
Merasa kelazatan seketika
Terasa licin menadah azimat
Kan kucari teman
Yang tempang ketampanan tingkah
Tak berani menyusup-nyusup
di bawah lorong-lorong hitam
Mencari titik-titik kelam
Walau sesaat pandang
Hanya boleh melangkah
Menemui kerlipan jihad
Agar memancarkan sinar syahid
Akan kucari teman
Yang buta mata
Tak bisa celik
Matanya tak berkerdip
Tak berbunga kelopak
Memekarkan pandangan dayus
Hanya pandai meneka
Ayat-ayat maknawi
Mengenali erti-erti sebuah hakiki.
5 April 2009
Yang bisu
Tak pandai berbuah bicara
Tak boleh berceloteh durjana
Hanya melafaskan kata-kata ceria
Kan kucari teman
Yang pekak dan tuli
Tak dengar lagu-lagu fitnah
Cuping menadah titisan zikir
Hanya dengar sunyian syahdu
Redha akan sepi indah
Kan kucari teman
Yang kudung langkah
Tak menggapai makruf
Jejarinya tak menjalar liar
Menyentuh bahana-bahana laknat
Begitu kakukeras
Merasa kelazatan seketika
Terasa licin menadah azimat
Kan kucari teman
Yang tempang ketampanan tingkah
Tak berani menyusup-nyusup
di bawah lorong-lorong hitam
Mencari titik-titik kelam
Walau sesaat pandang
Hanya boleh melangkah
Menemui kerlipan jihad
Agar memancarkan sinar syahid
Akan kucari teman
Yang buta mata
Tak bisa celik
Matanya tak berkerdip
Tak berbunga kelopak
Memekarkan pandangan dayus
Hanya pandai meneka
Ayat-ayat maknawi
Mengenali erti-erti sebuah hakiki.
5 April 2009
Sabtu, 10 Oktober 2009
Penantian Menanti
Penantian suatu penyeksaan
Menanti bilakan pasti
Seolah mengapai pupukan pawana
Mimpi dalam mimpi mengusik kalbu
Sebak pedih mengalunkan keperitan
Madu berduri ditelami rintihan
Kesulitan santapan penantian
Kesabaran dicemburui takdir
Kerelaan dinodai nafsi-nafsi
Tak tega didalih
Ampuhnya nakhoda disunting parah
Kelunakan bahtera dipipis kejam
Kelukaan jiwa peneman segala
Hanya ada
Indah khabar dari rupa
Pastikah menanti sesuatu penantian
Mimpi impi terus dirindui
Detikan redha jadi penentu
Hajat terkubur tak terkabul
Umpama menghitung bayu berpupuk.
Hari demi hari ditatap
Titikan detik tak leka ditilik
Ini semua mampukah dimilik
Suka duka berpadu
Senyum ketawa buntu
Iman taqwa menjadi guru.
Menanti bilakan pasti
Seolah mengapai pupukan pawana
Mimpi dalam mimpi mengusik kalbu
Sebak pedih mengalunkan keperitan
Madu berduri ditelami rintihan
Kesulitan santapan penantian
Kesabaran dicemburui takdir
Kerelaan dinodai nafsi-nafsi
Tak tega didalih
Ampuhnya nakhoda disunting parah
Kelunakan bahtera dipipis kejam
Kelukaan jiwa peneman segala
Hanya ada
Indah khabar dari rupa
Pastikah menanti sesuatu penantian
Mimpi impi terus dirindui
Detikan redha jadi penentu
Hajat terkubur tak terkabul
Umpama menghitung bayu berpupuk.
Hari demi hari ditatap
Titikan detik tak leka ditilik
Ini semua mampukah dimilik
Suka duka berpadu
Senyum ketawa buntu
Iman taqwa menjadi guru.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya. "Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'
Antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'
Antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
Langgan:
Catatan (Atom)